minggu keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB)


Assalamualaikum semuaa,

Harini saya nak cerita tentang Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB) 2019. Minggu Keusahawanan ni adalah jualan antara gerai biro-biro yang ada di KAB. Dekat KAB semua pelajar tahun satu wajib masuk dalam salah satu biro yang ada kat KAB. Contoh biro yang ada Biro Akademik, Biro Sukan dan Reakreasi, Biro Protokol dan Teknikal, Biro Keusahawanan, Biro Hal Ehwal dan Antarabangsa, Biro Integrasi Perpaduan Kaum, Biro Kebajikan dan Kaunseling, dan pelbagai lagi biro yang menarik.

Cara untuk pelajar tahun satu masuk ke dalam biro biro ini adalah, semasa minggu orientasi, pelajar akan dapat satu kertas daripada PC (pemudah cara) untuk memilih biro yang pelajar ingin masuk. Di dalam kertas itu, terdapat senarai biro-biro yang ada di KAB dan pelajar perlu menulis nombor 1-6, biro yang paling diminati no1.

Minggu Keusahawanan adalah program yang wajib dilakukan dan disertai oleh semua pelajar tahun 1 dan hanya dilakukan oleh pelajar Kolej Aminuddin Baki sahaja dengan bantuan majlis eksekutif pelajar KAB. Minggu keusahawanan ini dijalankan pada 4 – 7 November 2019.

Saya adalah ahli biro sukan dan reakreasi. Biro saya menjual burger ramly dan kentang goreng. Biro protocol menjual sang kaya dan air teh ais kaw, biro srab menjual popia maggi, popia pisang, biro kebudayaan menjual kaya ball, chocolate ball dan pelbagai lagi makanan yang ada semasa minggu keusahawanan ini.

Gambar di bawah adalah antara situasi yang terjadi semasa minggu keusahwanan.








Comments

Popular Posts