Vlookup

hai semua harini saya nak ajar korang cara nak guna vlookup. Vlookup ni guna bila kita nak dapatkan data daripada jadual melalui row. Sebagai contoh, nak cari grade pelajar melalui markah mereka dan sama ada mereka lulus atau gagal. Bukan buat manual yekkk!


Ini adalah data dia. Sekarang ni dia bagi kita nama pelajar dengan markah pelajar sahaja. Lepas tu dia ada bagi range yang kotak lagi satu. So, sekarang ni kita nak cari grade pelajar dengan sama ada pelajar itu lulus atau gagal.


  1. Kita kena buat kotak(table array). Kotak ni coloum(memanjang ke bawah) first kena letak data yang kita dah ada(score) (WAJIB TAU)
  2. Kan kotak awal tu kan dia bagi dalam bentuk range, vlookup tak boleh baca dalam bentuk range. So, kita letak nilai yang paling rendah setiap range tu. 
  3. Lagi satu vlookup tak boleh baca daripada besar ke kecil. Vlookup hanya boleh baca dari kecil ke besar sahaja. So, korang kena adjust data korang dulu tau. Huruf pun kena dari a-z bukan z-a tauu.
  4. Column sebelah letak grade and sebelah lagi letak pass/fail. Salin je balik semua. 



4. Setiap atas colum score, grade, pass/fail tu kita letak no 1,2,3 sebab nanti senang kita nak tengok masa nak tulis col_index_number nanti. Okay?



5. Highlight kan kotak yang baru kita buat tu lepastu ubah nama dia dekat yang anak panah tu tunjuk jadi satu perkataan yang senang untuk kita tulis/rujuk balik (tak kisah korang nak tulis apa)

6. Letak cursor kita yang kotak yang kita nak cari data dia and tekan sekali je bagi keluar kotak hijau keliling tu.
7. Tekan fx dekat formula bar yang anak panah tu tunjuk and dia akan keluar kotak insert function and search vlookup.


8. Selepas kita tekan vlookup dia akan keluar kotak macam kat atas ni. 
- Lookup value tu kotak yang kita dah ada data dia (data untuk dirujuk) = 60(B2)
- Table array ni table yang kita buat masa first step tadi and yang kita dah tukar nama dia jadi DATA.
- Col_index_number ni rujuk dekat coloumn table yang kita buat masa first step. Ingat tak ada kita numberkan coloumn dia 1,2,3 tu (step 4). Number tu kita guna nak tulis dalam ni lah (cth: kita nak cari grade dia kan kita tulis no2). Dia akan jadi macam gambar kat bawah ni. 



9. Lepas dah siap tu kita tekan OK. Dia akan keluar terus grade pelajar tu apa. Senang kan?
10. Letak cursor dekat penjuru kanan kotak hijau and double click. Dia akan keluar untuk bawah tu terus semua (automatic).


11. Nak cari sama ada diorang pass/fail, step dia sama ja. Tekan kotak yang kita nak cari data dia, tekan fx dekat formula bar and cari vlookup.
12. Lookup value dia kan data yang dah ada(data untuk dirujuk) sama je kita nak rujuk markah mereka. (B2=60)
13. Table array ni table yang kita buat masa first step tadi and yang kita dah tukar nama dia jadi DATA.
14. Col_index_number ni rujuk dekat coloumn table yang kita buat masa first step. Ingat tak ada kita numberkan coloumn dia 1,2,3 tu (step 4). Number tu kita guna nak tulis dalam ni lah (cth: kita nak cari pass/fail dia kan, so kita tulis no3. Dia akan jadi macam gambar kat bawah ni. 


15. Kita bawak cursor kita ke penjuru kanan kotak hijau and kita double click je. Dia akan siapkan sampai ke bawah. Senang je kannnn?


Dah siapppppp. Senang kerja kan kalau guna VLOOKUP ni. So, kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dekat komen. Insya Allah nanti saya jawab 😄



Comments

Popular Posts