Korean Drama
Assalamualaikum semua!!
Harini saya nak tulis tentang list kdrama.. 😁
Lagi sekali saya nak bagitahu list ni saya buat ikut citarasa saya. Jadi, kalau kdrama yang korang suka takde dalam senarai, jangan marah pula yaaaaaa
1. Sky Castle (23 November 2018 - 1 Februari 2019)
Harini saya nak tulis tentang list kdrama.. 😁
Lagi sekali saya nak bagitahu list ni saya buat ikut citarasa saya. Jadi, kalau kdrama yang korang suka takde dalam senarai, jangan marah pula yaaaaaa
1. Sky Castle (23 November 2018 - 1 Februari 2019)
Drama ni ada 20 episode. Satu episode lebih kurang 60-80 minit. Cerita ni tentang
peperiksaan kemasukan kolej, pendidikan swasta, dan bidang perubatan di Korea Selatan antara orang orang kelas atasan. Kalau korang tengok episode 1 korang akan rasa bosan tapi penghujung episode satu korang akan eh? kenapa tiba-tiba? . Haaaaaaaa jeng jeng jeng. Episode terakhir drama ni dapat rating tinggi di Korea Selatan iaitu 23.78% tinggi kann.
2. Reply 1988 (6 November 2015 - 16 Januari 2016)
Drama ni pun ada 20 episode jugak + 1 special episode. Satu episode lebih kurang 90-110 minit. Cerita ini berlatar belakangkan tahun 1988 yang mengisahkan tentang lima rakan dan keluarga mereka yang tinggal di kejiranan yang sama di Ssangmun-dong, Daerah Dobong, Seoul. Reply 1988 ni merupakan antara drama yang rating tertinggi di Korea Selatan iaitu 18.8%, sesuai dengan tajuk drama. 😂😂 Cerita ni kalau korang tengok serious kelakar dan sedih. Lepastu kita tahu tentang peraturan dekat korea masa tahun 1988. Best gila cerita ni. Rugi kalau tak tengok.
3. Goblin (2 December 2016 - 21 January 2017)
Cerita ni 16 episode je + 3 special episode. Satu episode lebih kurang 60-90 minit. Drama ini mengisahkan tentang goblin, malaikat maut, pengantin goblin, pemilik restoran ayam dan pembantu goblin. Rating drama ni pun antara yang tertinggi jugak iaitu 18.68%. Cerita korang kena fokus betul betul baru boleh faham dia ni siapa yang tu siapa. Sebab cerita ni ada kaitan dengan kehidupan lepas diorang semua ni. So, korang kena tahu pelakon ni adik siapa, isteri siapa baru korang boleh feel sedih tu 😂
Setakat ni je list korean drama. Kalau korang nak tanya pasal apa apa drama just tanya je kat comment insyaAllah saya jawab. Okay?
Comments
Post a Comment